Saturday, 17 December 2011

Happy Ending,,,,,,




"Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!" Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul "prince charming" sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu....

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.

Happy Ending,,,,,

"Tak apalah,,,,,yang sudah, biarkan ia berlalu. Yang Penting kita lalui hari depan dengan sebaik~baiknya. Abang cintakan Nur dari hari pertama kita berjumpa. Nur adalah cahaya cinta dalam hidup abang. Tanpa Nur , abang tak tahu apa itu cinta, tak tahu hidup itu bagaimana. Kita sama~sama tidak tidak sempurna, tapi bila kita bersama, ia pasti sempurna. Abang cintakan Ainur bukan saja pada pandangan pertama, juga pandangan kedua, mahupun pandangan sampai ke tua, Insya~Allah. Semoga perkahwinan kita mendapat keredhaan~Nya"

Mereka saling berpandangan , lalu tersenyum menikmati pemandangan indah mentari terbenam. Biarlah kisah silam yang sedih pilu itu terbenam bersama mentari petang tu. Esok hari , mereka menyulam harapan indah untuk hidup bersama akhirnya,,,,,,,

1 comment:

  1. novel ni memang menarik gak, qaseh memang minat baca novel ek?

    ReplyDelete